Bismillahirrahminirrahim.....
Alhamdullilah...syukur kepada tuhan kerana dikurniakan daya upaya dan kekuatan buat saya bagi mencoret serba sedikit coretan yang boleh dijadikan iktibar buat kita semua.
dalam kehidupan ini tidak ada yang memiliki kehidupan yg paling sempurna. hidup harus tabah menempuh dugaan dan cabaran dari tuhan. andai takdir menentukan sesuatu yang membuatkan kita tidak terdaya menerimanya kita harus juga terima dengan hati yang redha. setiap umat yang beriman pasti diuji untuk melihat sejauh mana keimanan dan kesabaran seseorang itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)
No comments:
Post a Comment